Pages

Google

Sunday, February 17, 2008

Piala FA: Barnsley malukan Liverpool

LONDON - Kelab Divisyen Dua, Barnsley mencatat keputusan paling sensasi dalam saingan Piala FA England apabila menewaskan kelab gergasi, Liverpool 2-1 pada perlawanan pusingan kelima yang berlangsung penuh dramatik, semalam.

Barnsley bukan sahaja memalukan Liverpool dengan kemenangan itu sahaja tetapi turut memalukan lawannya di depan penyokong sendiri yang senyap-sunyi sebaik perlawanan berakhir di Anfield.

Brian Howard muncul wira Barnsley apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan ketika kedudukan terikat 1-1.

Liverpool terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Dirk Kuyt pada minit ke-32 sebelum Stephen Foster menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Dengan kemenangan itu, Barnsley layak ke suku akhir manakala tekanan lebih besar menanti pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang berdepan tindakan kemungkinan dipecat selepas ini.

Keputusan itu juga meningkatkan tekanan buat Benitez dan Liverpool menjelang perlawanan pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah apabila menentang Inter Milan, Selasa ini.

Dalam perlawanan lain, juara bertahan, Chelsea menepati ramalan apabila dengan mudah menewaskan Huddersfield 3-1 di Stamford Bridge.

Manakala Bristol Rovers, yang merupakan kelab paling bawah dan masih tertinggal, turut mencipta sejarah layak ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun apabila menewaskan kelab divisyen satu, Southampton 1-0 di tempat sendiri.

– AFP

Note" - Artikel di petik dari utusan online

0 comments: